Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Followers

Friday 22 February 2013

Kriteria-kriteria Lelaki Soleh Seperti Yang di Maksudkan Oleh Al-Qur'an dan Al-Hadis.


Kriteria-kriteria Lelaki Soleh Seperti Yang di Maksudkan Oleh Al-Qur'an dan Al-Hadis.

1. Sentiasa taat kepada Allah s.w.t dan Rasullulah s.a.w.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat manjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah s.w.t. dan tidak mengeluh kecuali kepada-Nya.
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama Mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar ma'aruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu' penuh kepada Allah s.w.t.
17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan- insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah s.w.t. setelah para Nabi dan Rasul dan orang-orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas tugas dan kewajipan lelaki soleh adalah :
1. Mencari nafkah ( belanja hidup) dengan jalan yang halal.
2. Berjihad Fisabilillah dengan harta dan jiwa-raga.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri dan anak-anak

Cara-cara Solat Sunat Tahajjud



Cara-cara Solat Sunat Tahajjud


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Firman Allah SWT.:
17:79
 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

.

Tujuan Solat Tahajjud

.
  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
.
.

Cara Mendirikan Solat Tahajjud

.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
.
.

1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

 .
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
.
.

2.  Niat Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
.

3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

.
a)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)
 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
.
.

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

.
.

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

.
.

6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

.
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 
.
.

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

.
    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
.
.

Memudahkan Bangun Solat Malam

.
  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


PETUA KULIT CERAH DAN LEMBUT 2

Hai and assalamualaikum all..today sye nak share sikit tentang care nak bagi kulit kite cerah dan lembut.cara-cara die senang je x perlu berbelanje mahal dan bahan-bahan die murah dan senang dapat.ok bahan-bahan die adalah

-Beras 
korang boleh gune ape2 brand beras x kisah











Then korang ambik beras dalam satu cawan kecil and goreng beras tu sampai keperangan jangan sampai hangit plak beras tu =_=...INGAT goreng tanpa minyak...next after beras dah kekuningan atau keperangan korang biar beras tu sejuk letak dekat luar jangan letak dalam peti sejuk pulak(pelik)..lepas dah sejuk korang blender beras tu sampai hancur.INGAT pastikan blender tu kering jangan ade air dalam tu ok!!...ok dah siap.finally korang boleh gune dengan care ambik sedikit n sapu or gosok dimuka anda dan bilas..anda juga boleh sapu or gosok beras tu dekat anggota badan..amalkan selalu selepas bangun tido or nak tido.muka anda akan terase lembut dan cerah..nak dapat hasil yang extream amalkan lah selalu jangan cepat berputus asa ok.LELAKI or PEREMPUAN boleh cuba petua ini..sye kalau balik rumah cuti sem selalu buat n alhamdulillah berhasil.kulit rase lembut sangat,x berminyak n x kusam..SELAMAT MENCUBA ^___^



PETUA MENGHILANGKAN BAU KETIAK

Ramai yang ambil ringan masalah bau badan atau bau ketiak ni...sebab benda ni dekat dalam,kalau dekat luar mesti korang ambil beratkan macam muka.semua orang nak muka kelihatan cantik sampai sanggup menghabisakan duit untuk menjaga kecantikkan muka.kalau muka cantik/hensem tapi bau badan x reti jaga pon x de guna ...so bau badan dan ketiak pon apa korangnya juga penting.sebab jika badan berbau semua orang akan mengelak dari untuk mendekati kita.so apa kata korang cuba petua dibawah ini ;)

1)Bunga Cengkih- Ambik secekak bunga cengkih yang dah matang, pastu korang rendam dengan air panas sampai kembang macam korang makan Meggi tu, lepas dah kembang tu jangan terus sapu masa air tengah menggelegak tu, kang tak pasal-pasal menggelupur tak henggat satu rumah kang. Tunggu air tu suam dulu, baru sapu kat area yang bermasalah tu. Amalkan selalu insyaallah berkesan.

2)Halia- Jangan ingat halia nie boleh masuk dalam kari je. Dalam kari orang letak halia ke? Ahhh...ghasak!kehkehkeh. Cara nak guna halia untuk hilangkan bau badan korang, ambik sechoet a.k.a sehiris halia, lepas tu tumbuk beliau sampai lumat macam sambal belacan tu. Taruk air suam dalam gelas & masukkan halia yamg korang hentak-hentak sampai lumat tadi kat dalam gelas tu. Pastu minum. Kalau rasa macam nak kelainan, boleh mix dengan air teh. Ikut selera anak tekak memasing laa ya. =D

3)Limau Nipis- Ambik air perahan limau nipis dalam dua bijik camtu. Pastu korang campur dengan kapur sirih yang opah-opah selalu makan dengan buah pinang tu.Lepas dah gaul semua benda alah tu, sapu kat ketiak sampai sebati dan biar selama 15 minit or lebih. Lepas tu bilas dengan air. buat seminggu 3 kali, insyaallah mujarab

4)Kunyit- Ambik dalam lima ke tujuh ketul kunyit. Kisar dengan air kapur. lepas dah kisar korang lumur seluruh kawasan bermasalah.pastu biar dalam setengah jam, lagi lama lagi bagus. lepas dah kering & nampak merekah-rekah tu, baru bilas dengan air. Untuk kesan berganda, campur halia tersebut dengan bedak sejuk

5)Timun- Selain meredakan bengkak a.k.a sebam pada bijik mata, Timun jugak boleh sesangat kalau nak hilangkan bau badan. Cara-caranya, ambik sebatang timun lepastu kupas kulit beliau. Tiap kali korang nak mandi tu, tak kiralah mandi sunat hari raya ke mandi wajib ke hape ke kan, ambik timun tu sapu kat tempat bermasalah tersebut. Lepas sapu tu, biar la dalam lima minit ke enam minit cenggitu, baru bilas dengan air kolah or paip.





PETUA KULIT MUKA HALUS, GEBU DAN LICIN


Bila sebut pasal cantik semua orang teruja betol??siapa x nak cantik kan? (: so disini terdapat tips or petua yang saya ingin kongsikan bersama anda.tak perlu membeli produk yang mahal-mahal untuk  cantik.bagi sesiapa yang rajin tu boleh la cuba tips or petua ni.INGAT NAK CANTIK MESTI RAJIN ;)
selamat mencuba.......

-Asah jambu batu dan kemenyan dalam piring pasu dengan sedikit air. Air asahan perlu pekat supaya mudah melekat apabila disapu ke muka. Selepas disapu, biarkan selama 30 minit, kemudian cuci dengan air bersih.

Amalkan setiap hari. Selain melicin dan melembutkan kulit wajah, ia juga dapat menghilangkan parut jerawat.

- Cairkan satu sudu besar susu manis bersama sedikit air panas. Dengan menggunakan kapas, ratakan bancuhan itu ke seluruh muka. Biar kering sebelum dibilas.

Selain menjadikan kulit bersih dan halus, ia juga dapat mengelakkan kulit daripada ditumbuhi tompok-tompok hitam.

- Ambil segenggam daun pegaga. Tumbuk sehingga hancur dan campur sedikit air. Selepas itu campurkan bedak sejuk. Kacau sehingga sebati dan sapu pada muka setiap malam sebelum tidur.

- Ambil tiga sudu madu lebah asli. Campur dengan perahan air limau nipis dan kuning telur. Kacau bahan itu sehingga sebati dan sapukan ke muka. Biar kira-kira 20 minit atau sehingga kering sebelum dicuci dengan air bersih.

- Terung muda dibelah dua dan permukaan yang dipotong itu hendaklah digosok ke pipi dan dahi. Selepas habis digunakan, potong bahagian itu dan gunakan lapisan baru. Lakukan beberapa kali.

- Ambil segenggam pulut hitam. Goreng tanpa minyak sehingga garing. Tumbuk hingga halus dan ayak supaya mendapat serbuk halus. Bancuh serbuk halus itu bersama air. Kemudian tumbuk 10 helai daun jambu batu dan campur dengan bancuhan serbuk pulut hitam tadi.

Sebelum mandi, gosokkan bancuhan tadi ke seluruh badan dan muka. Biarkan 10 minit. Gosok dan terus mandi. Kulit akan terasa halus dan licin. Lakukan selalu untuk mendapatkan hasil memuaskan.

- Didih susu cair dan biarkan suam. Sapukan ke muka dan biarkan selama 10 minit atau sehingga kering. Selepas itu basuh muka dengan air suam.

- Ambil sehelai daun sirih yang sudah dibersihkan. Gosokkan daun sirih itu antara kedua-dua tapak tangan. Ia akan mengeluarkan air dan sapukan ke muka dan buat begitu beberapa minit. Kemudian basuh. Kesannya amat baik.

- Ambil cekur sebesar ibu jari. Giling sehingga lumat dan campur dengan bedak sejuk. Selepas itu sapukan ke muka dan biar selama 15 minit.

Apabila kering, gosok dengan kain putih lembap supaya kotoran di muka tanggal. Kemudian, bilas dengan air suam. Jika rajin mengamalkan petua ini, kulit muka menjadi licin dan tidak berminyak.

- Ambil kulit telur yang sudah dibersihkan. Kisar atau tumbuk sehingga halus seperti debu. Bancuh dengan bedak sejuk dan air suam. Sapukan ke muka yang dibersihkan. Sambil menyapu bedak tadi, urut kulit muka perlahan-lahan dengan lembut.

-Dan paling utama jangan lupa ambil wuduk 5kali sehari bagi muslim ditambah dengan mengamalkan membaca al-Quran dan berzikir.insha'Allah selamat mencuba ^____^



Thursday 21 February 2013

Alkisah Suami Dan Isteri…


Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum keluar dari rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil membisik ‘Abang Sayang Ayang’ di telinga ibu.

Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar satu sms untuk ayah bertanyakan sudah ayah makan tengahari.

Bila lepas azar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama ayah.

Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan. Ibu selalu masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya apakah ayah akan pulang untuk makan.

Jika ayah kata ya, ibu akan tunggu sehingga ayah balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu ayah.

Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata sesuatu yang ibu tidak suka.

Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan ayah. Saya lihat air mata ibu bertakung menunggu untuk tumpah.

Tapi ibu dan ayah tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika ayah keluar pintu rumah, ayah tidak mengucup dahi ibu. Ibu pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada ayah.

Apabila kereta ayah sudah keluar, ibu menangis.

“Ibu, mengapa nangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata ibu yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Ibu balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.

15 minit kemudian, ada kereta berhenti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Ayah patah balik. “Mana Ibu?”

“Dalam bilik.”ujar saya

Ayah terus ke bilik. Saya mengikut. Ayah terus memeluk Ibu dan mencium dahinya dan membisik ‘Abang Sayang Ayang,’ di telinga Ibu. Ibu dan Ayah bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain.

Air mata ibu terus mengalir lagi dan ibu menangis tersesak-esak.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata ayah sebelum beredar balik ke kerja.

Ibu tersenyum semula.

“Ibu tadi menangis pasal ayah ke? Ibu senyum ini pun pasal ayah ke?”

“Anak ibu ini. Ya, ibu menangis dan senyum pun untuk ayah” jawab ibu.

“Ayah ini nakallah, sekejap buat ibu ngangis, sekejap buat ibu senyum,” kata saya.

“Tak. Ayah orang baik. Ibu yang sakitkan hati ayah semalam. Apa yang ibu nak ayah beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan ibu. Ibu merajuk semalam tatkala ayah letih kerja kerana lupa belikan hadiah ulangtahun perkahwinan untuk Ibu. Ayah kata terlupa, Ibu pula terlebih kata ayah tidak menghargai Ibu dan lebih memntingkan kerja dari keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana ayah tak buat demikian, ibu merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila ayah pergi kerja tak cium dahi ibu, ibu menangis bukan kerana ayah, tapi kerana ibu terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan ayah, dan terasa ayah tak sayang kat ibu. Tapi apabila ayah balik mencium dahi ibu, ibu terasa ayah sangat sayang kat ibu dan ibu rasa diri ini amat dihargai, dan ibu sempat memohon maaf pada ayah, sebab itu ibu senyum,” kata ibu.

Saya tak berapa faham kata-kata ibu kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya ayah ketika ibu sudah tidur keletihan.

“Ayah....., mengapa ayah patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Ibu dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila ibu tahu ayah terlupa beli hadiah ulangtahun perkahwinan untuk ibu, ibu terasa hati dan cakap ayah tidak menghargai ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga. Ayah terguris sedikit, tapi ayah ada ego tak nak mengaku salah".

Masa memandu terfikir bagaimana ibu setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu ayah pulang untuk makan malam bersama, ayah terasa bersalah bertindak kejam pada ibu dengan tidak bersalaman dan mencium dahi ibu. Ayah pulang kerana ayah tahu ibu adalah orang terpenting, nadi dalam hidup ayah dan ayah tak boleh biarkan ibu sedih walaupun sesaat... Anak ayah akan faham bila dah kahwin nanti,” terang ayah.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui ayah dan ibu. Rupa-rupanya ombak yang melanda ayah dan ibu sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang dan cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.



Wednesday 20 February 2013

hukum wanita cantik, 'belakang' wanita besar,lelaki yang lembut sejak kecilnya,suara perempuan itu lemah-lembut secara semulajadi

Ulama bincang,
Jika wajah wanita itu cantik, yang wajib menundukkan pandangan ialah lelaki yang terangsang, BUKAN perempuan itu yang diwajibkan MENUTUP WAJAHNYA. (Ada khilaf).

Jika 'belakang' wanita besar, dia terpaksa berjalan agak melenggang-lenggok bukan dibuat-buat, Allah tidak menghukum seseorang itu di luar batas kemampuannya.

Jika lelaki yang lembut sejak kecilnya, sukar diubah, bukan niatnya nak meniru-niru perempuan, dah tentu Islam sangat manusiawi. Islam tidak menghukum seseorang di luar batas kemampuannya.

Jika suara perempuan itu lemah-lembut secara semulajadi, Islam tidak menghukum suaranya aurat, sebaliknya lelaki yang terangsang itulah perlu menjaga hatinya.

Mudah hidup dengan Islam. Manusia selaunya tidak manusiawi, suka sangat menghukum orang lain. Tapi Allah yang menciptakan manusia, maha mengetahui, maha memahami. :) 




link asl https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=467255389996107&id=133106220077694