Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Followers

Friday 24 February 2012

wanita




.WANITA adalah kunci KEBAIKAN suatu umat..wanita bagaikan batu bata, ia adalah PEMBANGUN generasi manusia, jika kaum wanita BAIK maka baiklah suatu generasi..namun sebaliknya, jika kaum wanita itu ROSAK AKIDAH, AGAMA dan AKHLAKNYA maka akan rosaklah generasi tersebut..oleh itu, Islam meletakkan wanita pada tempatnya, MELINDUNGI dan MEGHARGAI wanita..wanita mempunyai NILAI dan FUNGSI yang tinggi dalam PANDANGAN Allah apabila mereka konsisten memegang AJARAN dan TUNTUTAN Islam..


“Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Maka bersikaplah para wanita dengan baik.”
(HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)


>>> Wanita bagaikan SEKUNTUM BUNGA terpelihara, tidak semua kumbang boleh menghisap madunya..BERLEMAH LEMBUTLAH dalam melayan mereka kerana jika tidak, mereka boleh menjadi SEGANAS SERIGALA..




Tuesday 21 February 2012

Senyum itu satu ibadah ^_^


SENYUMAN memberi kelebihan kepada badan dan minda ,mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dn pelbagai penyakit jantung.senyum itu satu ibadah Nabi SAW bersabda 'senyumanmu pada wajah saudaramu merupakan satu sedekah'

-senyuman membawa suatu perubahan kepada anda
-senyuman menambah keyakinan diri
-senyuman memupuk kreativiti

Nabi SAW menjalani kehidupan dengan senyuman kepada para sahabat,wanita,yang tua dan muda.Pada hari kewafatan baginda,ketika kesakitan menjengah bagianda Nabi SAW kesakitan baginda ibarat kesakitan yang ditanggung oleh dua pemuda beerti ia amat berat buat Nabi SAW ketika baginda berperang dengan kesakitan tersebut bayangkn pada hari kewafatan baginda hari isnin merupakan hari terakhir kehidupan Raulullah SAW ketika solat subuh para sahabat berada dimasjid Abu Bakar As-siddiq bersolat bersama-sama mereka ketika Rasulullah menyelak tabir biliknya dan melihat kepada umatnya lalu Baginda SAW tersenyum senyuman ini luar biasa ia dinamakan senyuman perpisahan Bagianda melihat dan mendapati para sahabatnya berjemaah menunaikan solat subuh maka baginda menjadi senang hati lalu baginda melemparkan satu senyuman Para sahabat yang melihat senyuman itu berkata kami hampir hendak berhenti solat bermaksud mereka terlalu merindui nabi SAW dan juga senyuman baginda SAW dan itulah perkara terakhir tanda perpisahan nabi SAW dan para sahabat RA dengan senyuman tersebut jika seseorang mengerti senyuman yang dilemparkan Nabi SAW dengan penuh kasih sayang dia akan mengerti makna hidup yang penuh dengan senyuman seperti Nabi Muhammad SAW Subhanalah besar nya erti disebalik senyuman itu ^_^ jadi mari pakat2 senyum ..ingat senyum itu satu ibadah ^_^
 



Cara mandi junub seperti rasulullah saw


baginda adlh manusia yg paling cenderung kpd kebersihan dn kesucian wlupun Allah swt menjadikn baginda dlm keadaan suci dn lagi nenyucikan tetapi baginda tetap suka bersuci dn bersih bersuci ada yg wajib dn sunat wajib bersuci ialah dri haidh ,junub dn lain2 lagi,,sunat bersuci adlh mandi jumat dua hari Eid,mandi utk solat gerhana matahari dn bulan dn sunat juga membersihkn utk menghadiri sebarang keramaian,ketika masuk ke Mekah utk ihram dan haji .Cara nabi nabi mandi junub:

1.membasuh tgn
2.membasuh tempat hadas dn menghilangkan bekas bermaksud
menyucikan najis dari bahagian depan dan belakang
3.mengambil wuduk 
ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi. 
4.meleraikan rambut dgn jari jemaridn menuang air kekepala agr
seluruh rambut kena air ini kerana sabda Nabi saw 'setiap urat
rambut terdpat junub'oleh itu haruslh memastikan setiap rmbut
dibersihkn
5.menuangkan air sbyk 3kali ke ats kepala
6.membasuh sebelah kanan bahagian depan kemudian bahagian
belakang bahagian kanan
7.membasuh bahagian kiri depan dn belakang

Disunatkan memberi tumpuan terhdp bahagian sendi,kpd yg bdn berisi perlu beri perhatian trhdp bahagian sendi,bwh lutut,bahagian ketiak,bahagian antara 2 peha .pastikan air kena bahagian yg tidk terkena dgn air dgn cara menggosoknya sehingga yakin air sudah meratai seluruh anggota badan tersebut maka mandiannya diterima jika yakin seluruh anggota badan diratai oleh air.Cara mandi ini sunat utk dibuat pada mandi yg lain mandi junub boleh dibuat pda mandi sunat atau mandi biasa tetapi jgn niat angkt mandi junub .Boleh dengan menggunakan cara ini sepenuhnya termasuk sunat dlm berwuduk,bersiwak(bersugi),membaca basmallah/bismillah dn melakukn 3x juga diakhiri dgn doa seperti doa selepas berwuduk

"Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin"sesiapa yg membacanya akn Allah bukakan utknya 8 pintu syurga .doa ini juga dibaca setelah mandian.

Teguran utk bersuci:
sunnah nabi saw baginda tidk mandi dlm keadaan bogel menutup bahagian antra pusat hingga lutut apbila hendak membasuh bahagian tersebut baginda akn mengangkat kain dn memasukkn air kedalm kain trsebut.ini berkenaan sifat malu dn ketakwaan dlm hati .
Nabi saw melarang dri pembaziran Firman Allah swt "sesungguhnya orang-orang yang boros adalah saudara -saudara syaitan"

Nabi saw juga melarang ketika berwuduk dn bersuci Nabi saw ketika mandi hanya menggunakan satu sa'bersamaan 4 gelen atau bersamaan dgn air mineral saiz besar atau lebih sedikit Nabi saw bersabda "makhruh dalam berbazir ketika menggunakan air ketika berwuduk atau beribadah walaupun diambil dari sungai yang mengalir"

Ketika baginda sakit dn menghampiri kematian baginda tlh mengajar org lain cara memandikannya setelah dia wafat .baginda menyuruh dgn memandikannya dgn air dn telaga tertentu .Nabi bersabda kpd mereka"bila aku mati mandikanlah aku dengan air telagaku ,telaga ghars" wajib kita mengikuti ,beramal mencontohi dan mengikut petunjuk dn seterusnya diangkat martabatnya dn beroleh cinta Allah dan benar Firman Allah swt"katakanlah jika kamu mencintai Allah ikutilah aku,nescaya kamu akan dicintai Allah".(surah Al-Imran:31).mengamalkan sunnah rasulullah

bagi anggota kepala jadi bagi wanita disini disertakan hadis sahih muslim: Bagi wanita yang dalam keadaan junub, dibolehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA. عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين

Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

tetapi utk mandi haidh dianjurkan utk melepaskn ikatan rambut.ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”


Monday 20 February 2012

Kisah Rabiatul Adawiyah


Kisah Rabiatul Adawiyah


Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan
perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari
seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.


Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah
Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa
disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk
raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.


Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya
itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu
lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular
dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah. di
dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan
supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah
untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah
masih berzikir dan berdoa.


Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk
meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan
penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam,
seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia
merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisau dan ingin menikam Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada
pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin
membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi
pencuri lagi.


Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar
orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui
Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak
pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi
berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat
harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui
pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia
pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih
kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya
Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.


Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan- kesalahannya). [Surah al-A'raf, ayat 201]




Pesanan Imam Al-Ghazali kepada Anak Perempuannya Di Hari Perkahwinannya...


Anakku!
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan
Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.
Itulah suamimu....
Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu.
Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya, nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.
Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya...
Dengan cara yang demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.
Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau.
Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu, maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.
Peliharalah hidung, telinga dan matanya janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum,
Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik,
Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripada mu melainkan yang cantik, belaka.




Ainul Mardhiah Srikandi Syurga Yang Terindah



Siapa Ainul Mardhiah?

'Ainul Mardhiah merupakan salah seorang bidadari syurga yang sangat cantik berbanding bidadari  - bidadari yang lain . Cantiknya dia , hanya Allah yang tahu . Wallahua'lam .. 

Suatu pagi dalam bulan puasa , Nabi SAW memberikan targhib ( iaitu berita - berita semangat kalangan sahabat untuk berjihad atau berdakwah di jalan Allah ) . Kata baginda SAW , sesiapa yang mati keluar syahid di jalan Allah , maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang cantik dalam kalangan bidadari syurga . Ada bidadari yang bernama 'Ainul Mardhiah sedang menunggu kekasih yang berjihad di jalan Allah ..

Mendengar berita tersebut , seorang lelaki yang masih muda lagi hendak mengetahui bagaimanakah cantik yang dimaksudkan baginda SAW . Tetapi , disebabkan malu dengan Nabi SAW dan para sahabat yang lain , beliau menyembunyikan hasrat di hati ..




Sunnah Nabi SAW , tidur sebelum Zohor yang dipanggil qailullah . Lelaki yang muda tadi pun tidur berjemaah bersama - sama para sahabat yang lain . 



Tiba - tiba dalam tidur pemuda tersebut , beliau telah bermimpi bahawa beliau telah pergi ke satu tempat yang sangat indah . 

Beliau bermimpi bertemu dengan seseorang yang sangat indah , bersih pakaianya , muka berseri - seri . Sahabat ini kemudiannya bertanya kepada wanita tersebut dimanakah beliau berada ? Wanita tersebut berkata , bahawa pemuda tadi telah berada di dalam syurga .

Sahabat tersebut pun menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan 'Ainul Mardhiah . Bidadari tersebut menunjukkan  ke satu arah , maka berjalanlah sahabat ini ke pepohon dan melihat seorang wanita cantik yang tidak pernah beliau melihat kecantikan tersebut di dalam dunia sebelum ni . Sahabat tersebut memberi salam kepada wanita tersebut dan bertanya , adakah wanita tersebut 'Ainul Mardhiah ? Wanita tersebut berkata , tidak . Beliau bukan 'Ainul Mardhiah yang dimaksudkan oleh pemuda tadi . Beliau hanyalah penjaga 'Ainul Mardhiah .

Lalu pemuda tersebut masuk ke dalam mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda - ganda berbanding wanita yang dilihat yang pertama dan sebelumnya tadi . Sahabat tersebut memberi salam kepada wanita tersebut dan bertanya adakah beliau 'Ainul Mardhiah yang dicari ? Jawab wanita itu , tidak . Beliau hanyalah penjaganya di dalam mahligai itu , 'Ainul Mardhiah berada di atas mahligai sana .

Tanpa kenal erti penat dan putus asa , sahabat tersebut menaiki tangga mahligai permata tersebut . Kecantikannya sungguh mengagumkan . Beliau nampak seorang bidadari yang sangat cantik berbanding yang pertama , kedua dan yang sebelumnya . Kecantikannya tidak pernah dilihat di dalam dunia ini . Wanita tersebut berkata , aku ialah 'Ainul Mardhiah , aku diciptakan untuk kamu dan kamu telah diciptakan untuk aku . Sahabat tersebut pun mendekati bidadari yang telah beliau temukan . Namun , 'Ainul Mardhiah berkata , nanti . Kamu belum syahid lagi .

Mendengar kata - kata tersebut , sahabat tersebut terjaga dari tidurnya . Beliau pun menceritakan kisah tersebut kepada para sahabat yang lain . Namun begitu , beliau berpesan agar ceritanya itu tidak diceritakan kepada baginda SAW sehingga beliau syahid . 

Petang tersebut , mereka pergi berperang dan dengan izin Allah , pemuda tersebut syahid . Semasa hendak berbuka puasa , sahabat yang mendengar cerita pemuda tadi pun menceritakan kisah tersebut kepada baginda SAW . Sepanjang cerita tersebut , Rasulullah berkata benar , benar , benar . Baginda SAW berkata bahawa pemuda yang syahid tadi telah pun berada di syurga dan menunggu waktu berbuka puasa di syurga

Subhanallah Ainul mardhiah bidadari syurga seindah namanya ♥♥♥♥
Sunnah Rasulullah 
'Tidur yang sedikit(qailullah)tidaklah keji Rasulullah ada melakukannya'(sunnah Rasulullah)

Imam Al Ghazali di dalam kitab "Ihya Ulumuddin'telah berkata: Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ia membantu ibadah di malam hari sebagaimana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor"


Monday 13 February 2012





Kenyataan ulamak terkenal Syria, Syeikh Muhammad Abul Huda Al-Ya'aqubi yang menyeru kebangkitan rakyat menentang kezaliman rejim Basyar:


Wahai rakyat Syria! Sesungguhnya rejim telah melakukan penyembelihan terbaru setiap hari di Homs dan di tempat-tempat lain yang dikepung, maka sudah sampai masanya untuk tidak harus kita duduk berdiam diri. Demikian itu kerana wajib kita membantu golongan yang lemah, mengharamkan mereka dari meneruskan pembunuhan, mempertahankan hak manusia. Ini kerana rejim hari ini sudah hilang kelayakan memerintah, maka kami mengeluarkan fatwa bahawa wajib bagi kita memikul senjata dan meniup semboyan bagi menghapuskan mereka yang membunuh secara berluluasa demi menyelamatkan nyawa-nyawa lelaki dan wanita, kanak-kanak dan warga tua di Homs, Zabdani, Dir Zur, Lazaqiyah, pinggir Halab dan semua bandar-bandar Syria. Ramai penduduk yang sudah disembelih, rumah-rumah dimusnahkan dan manusia yang dibunuh oleh skuad penembak. Oleh itu, kami mengeluarkan fatawa bahawa:


Pertama: Wajib bagi tentera dan polis rejim keluar dan menyelamatkan diri


Kedua: Wajib bagi pasukan tentera simpanan untuk menyertai tentera yang berpaling tadah dan tidak boleh bagi mereka menyertai tentera rejim. Wajib bagi rakyat memberikan bantuan sedaya mungkin kepada pasukan tentera yang berpaling tadah ini dari sudut perlindungan dan apa jua bantuan.


Ketiga: Wajib bagi para peniaga dan usahawan mengumpulkan sumbangan kewangan bagi membantu daerah yang dikepung.


Keempat: wajib bagi para ulamak dan khatib menyeru kepada kebangkitan selain mendirikan solat ghaib untuk roh mereka yang terkorban.


Kelima: Kami menyeru kepada penduduk Damsyik dan Halab menyertai kebangkitan ini


Keenam: Kami menyeru kepada para pegawai tinggi kerajaan, ahli-ahli politik dan pegawai diplomatik kerajaan untuk keluar dari pentadbiran rejim 

Saturday 11 February 2012

lelaki yang terbaik


Lelaki yang BAIK - boleh bimbing wanita ke jalanNya


Lelaki yang COMEL - berpakaian baju Melayu dan menuju ke masjid


Lelaki yang SWEET - selalu bercakap dengan nada yang rendah


Lelaki yang ROMANTIK - menghadiahkan sebuah doa setiap hari


Lelaki yang CHARMING - mengingatkan si dia tentang ibadat


ITU lah LELAKI yang menjadi igauan WANITA...

Anda ingin lebih cantik dan menarik?? ♥



http://strawberry-sweetstrawberry9437.blogspot.com/# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.


# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.


# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.


# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.


# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.


# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.


# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".


# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Friday 10 February 2012

valentines day


HARI VALENTINE / HARI MEMPERINGATI KEKASIH... 
HARAM UMAT ISLAM MENYAMBUTNYA..!!!!


JOM KENAL DENGAN HARI PERAYAAN PUAK PUAK KAFIR INI..


Hari SANTO VALENTINE atau lebih dikenali sebagai 
HARI VALENTINE atau HARI MEMPERINGATI KEKASIH. 


BAPA HARI VALENTINE : SIR SAINT VALENTINO...

SIAPA SAINT VALENTINO INI??


Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. 

St. Valentino merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha 



menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.

Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat.

Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada 



hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

DIA MUSIUH ISLAM!!! ADAKAH KITA INGIN MENYANJUNG ORANG YANG BERMUSUH 



DENGAN AGAMA ALLAH INI.. ALLAHU AKBAR!!!!


Satu sambutan tahunan yang diadakan pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih. Sambutan ini dinamai sempena seorang PAHLAWAN KRISTIAN yang bernama Santo Valentine. 


Ia ditubuhkan oleh PAUS GELASIUS I pada tahun 496 M, 
tetapi digugurkan dari Takwim Santo Rom Am oleh Paus Paul VI pada tahun 1969. 


Menurut tradisi, Hari Valentine merupakan hari bagi para kekasih untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada satu sama lain dengan menghadiahkan bunga, menawarkan manis-manisan, dan mengirim kad ucapan. 


Sambutan ini mula-mula dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan sastera Geoffrey Chaucer pada Kemuncak Zaman Pertengahan apabila mekarnya asmara istana.


Antara lambang-lambang Hari Valentine moden ialah BENTUK HATI, BURUNG MERBUK, MERPATI, ANGSA DAN CUPID YANG BERSAYAP.


NAMPAKKAN? KRISTIAN YANG MULAKAN DAN PERAYAAN INI UNTUK MEREKA YANG BERCOUPLE YANG SEMEMANGNYA HARAM DI SISI AGAMA ISLAM.. LAGILAH DI SISI ALLAH..